Instagram



JaLaN2 BaWa MyLoVe



Lucunya tgok mama sya nek tangga,,
encik suami pula nak sgt smpi puncak.. hehhee




baru nak naik encik suami dan ayah sya da tgok puncak tu
dari bawah hehehe,,

 hehhee.. kelakar sgt tgok encik suami dan ayah sya hehe

ni da smpi ptghn da.. cayala kat mama sya bole naik hehee
akhirnya... sampi puncak hehee

Biskut Coco Crunch Cookies


Bahan-bahan:

250gm mentega
180gm gula perang
2 biji kuning telur
300gm tepung gandum
30gm tepung jagung
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikabonat
100gm coco crunch - kisar halus
50gm chocolate chips halus


Hiasan : Coco Crunch secukupnya dan coklat masakan cair

Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan soda bikabonat. Satukan dengan serbuk coco crunch dan chocolate chips. Gaul rata, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula perang hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati.
3. Masukkan ke dalam adunan tepung, gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 10 minit.
4. Ambil doh sebesar ibu jari, gentel bulat dan tekan atasnya dengan coco crunch.
5. Bakar pada suhu 150C selama 25 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan dahulu sebelum dihias dengan coklat masakan cair jika suka.

iStiKhaRaH CiNtA


arrggghhhhhhh....
badan mula mengigil bila air mula dijirus kan ke badan pesakit tersebut..
hal ini membuatkan ustaz trsebut mengarahkan seorang pemuda untuk melaungkan azan.
natijahnya membuatkan pesakit tersebut jatuh dari kerusi akibat tidak dapat menahan keadaan dirinya.

luangan azan diteruskan hinggalah sesi perubatan ruqiyah


............................................................................................
.................................................





"macam mana keadaan kamu sekarang? " tanya ustaz tersebut kepada kaken
"alhamdulilah ustaz saya rasa lebih baik." jawab kaken kepada ustaz tersebut.
"ini air ruqiyah dan limau purut serta daun padan.. air ni untuk kamu minum dan limau
serta daun pandan ni guna untuk kamu mandi." kata ustaz tersebut.

sementara menunggu ibu dan ayah kaken.. kaken duduk di depan masjid sambil merenung seorang
lelaki yang berbaju melayu berwarna hijau.. agak segak, sederhana dan sedap mata memandang.
"kalau saya dapat suami macam tu tentu hidup saya sangat bahagia dan harmoni" kata kaken kepada
sepupunya.
"laa.. kau suka ke lelaki macam tu?" tanya sepupunya kepadanya.
"mestila suka.. lelaki yang tau agama.. warak.. sederhana. dan hormat kepada org tua"
"kalau saya tak suka la lelaki mcam tu.."
"kenapa? kau suka yang mcam mna?"
"tu bukan citarasa aku.. aku suka lelaki yang agak nakal2 hihi"

"kaken..." pangil ayah kaken.
kaken pun datang menghampiri ayahnya.. dan kaken melihat seorang lelaki bersama ayahnya
dan lelaki itu adalah lelaki yang dia suka dan juga yang telah melaungkan azan masa kaken dirawat.
"kau ambil no hp nya" ayah kaken memberikan arahan kepadanya.
setelah itu kaken dan ayah dan ibunya pun balik..

..............................................................................




malam pun datng menghampiri.. sedang kaken berehat di dalam bilik kaken pun berfikir sambil merenung no hp yang tertera di telephone nya..
"nak ke saya cuba sms lelaki tu?" kaken pun berfikir sambil termenung...
kaken pun menaip sms kat hp nya..

" assalamualaikum.. maaf mengangu.. saya cuma nak berkenalan dgn awk..
   tu pun kalau awk sudi la.."

mesej dihantar...

tututut....
 
hp kaken pun beredering menandakan ada sms masuk.. kaken mula kegelisah..
kaken takut dan risau dan malu.. kaken pun cuba untuk membuka sms yang diterima..


"walaikumsalam.. maaf ni sepa?? dapat no saya d mna?"
 "saya dapat dari ayah saya la.. adakan pakcik yang minta no hp awk tu.. tu adalah ayah saya."
"oh ya.. sepa nama?"
"nama saya nur eidahfatanah.. awk pula sepa nama?"
"nama saya mohd rizam."
"nak pangil nama apa? heheh"
"kat rumah org pangil saya didi.. kat sekolah panggil izam atau rizam. tak kiash la awk nak panggil apa"
"oh.. saya pngil awk zam la kn hehe.. sya pngil idah jak"
"ok lah saya nak tidur.. assalamualaikum."
"walaikumsalam slmt malam"


kaken pun berfikir.. sebenarnya dia tak nak bagi tau nama sebenar dia sebab dia tak zam tau yang dia ni orang yang macam mana sebab bagi kaken dia ni tak layak pun untuk berkawan serius dgn zam sebab kaken hanya perempuan yang tak sebaik zam.. kaken memang la bukan perempuan liar macam gadis2 diluar sana tapi bagi kaken dia masih tak ckup layak untuk zam.. oleh itu dia merahsiakan nama nya.. lagipun kaken hanya ingin mengetahui adakah dia boleh dapat lelaki tu kalau dia takle..


.................




 


Buat SuaMiku..


Buat Suami,
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suamiku,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam …


Wahai suamiku,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya…
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN…
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya…
PELUKAN & CIUMANnya biasa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya…
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang2 yang dikasihinya…
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya…
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN…
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya biasa membawa PERDAMAIAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...